Akar Umbi Berikan Mesej Jelas Kepada Kluster Broker Dalam Pemilihan UMNO
Akar Umbi Berikan Mesej Jelas Kepada Kluster Broker Dalam Pemilihan UMNO
Pemilihan UMNO yang melibatkan sayap dan kepimpinan tertinggi bagi sesi 2023 – 2026 di pelbagai peringkat sudah dapat disempurnakan.
Angan-angan golongan tertentu yang mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan dengan cara menguasai kepimpinan UMNO turut berkubur.
Tidak hairan, sebaik sahaja keputusan pemilihan UMNO dimuktamadkan, bukan sahaja kluster broker UMNO yang kecewa, tetapi juga musuh UMNO yang berada di luar parti turut kecewa.
Sudah menjadi rahsia umum, kluster broker membuat pelaburan yang cukup besar untuk merealisasikan impian mereka.
Tidak ada cawangan UMNO yang tidak mendapat sampul surat putih yang berisi ratusan, malah ribuan ringgit.
Apa lagi bahagian UMNO, tidak ada satu pun bahagian UMNO di seluruh negara yang tidak mendapat sampul surat putih.
Dari jangkaan awal, kluster broker dilapurkan merasa amat yakin dapat menguasai kalau pun tidak kesmua jawatan yang dipertandingkan, sekurang-kurangnya separuh dapat mereka kuasai.
Tetapi apabila keputusan dimuktamadkan, ternyata akar umbi UMNO telah menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti.
Hampir keseluruhan calon proksi kluster broker telah menerima kekalahan yang teruk.
Kalau pun ada yang dapat mereka kuasai, hanyalahn kepimpinan di peringkat bahagian, itu pun di kubu kuat pemimpin kluster broker.
Manakala sebahagian besar kepimpinan di peringkat bahagian terus dikuasai oleh pemimpin yang menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti.
Akar Umbi UMNO Tidak Boleh Di Beli
Apa mesej yang sudah disampaikan oleh pemimpin akar umbi kepada kluster broker?
Ini bukan kali pertama kluster broker dikecewakan oleh pemimpin akar umbi.
Dalam PAU 2020, PAU 2021 dan juga PAU 2022, pemimpin akar umbi UMNO memberikan mesej yang sama.
Walau pun puluhan ribu dilaburkan, tetapi apabila membuat keputusan, pemimpin akar umbi tetap menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti.
Mesej dari mereka adalah sangat jelas.
Pemimpin akar umbi UMNO tidak mudah dilunturkan kesetiaan mereka kepada parti dengan habuan wang ringgit, walau berapa pun jumlahnya.
Bagi mereka, kesetiaan kepada parti tidak ada nilainya yang dapat ditukar kepada wang ringgit.
Kepada kluster broker yang dapat menempatkan diri dalam kepimpinan UMNO di peringkat pusat, berubahlah.
Kembalilah kepada semangat dan roh perjuangan UMNO yang sebenar.
UMNO adalah parti keramat orang Melayu dan siapa sahaja yang mengkhianatinya, maka bersedialah menghadapi kifarahnya.
Akar Umbi Berikan Mesej Jelas Kepada Kluster Broker Dalam Pemilihan UMNO
Di Syorkan Untuk Anda:
- Tindakan Tegas Mesti Di Ambil Ke Atas Politikus Yang Memperalatkan Bangsa Dan Agama
- Senarai Calon Naib Presiden & MKT UMNO Yang Bukan Tajaan Kluster Broker
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh