7,661 kes penipuan dalam talian cecah RM332 juta

Oleh – Syeikh Baran


7,661 kes penipuan dalam talian cecah RM332 juta
AZNAN menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran dalam Majlis Jejalah Anti Scam Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Johor di Dewan Sultan Iskandar UTM Johor Bahru, hari ini. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

Penipuan dalam talian atau scam yang kini semakin berleluasa di Malaysia dengan merekodkan sebanyak 7,651 kes melibatkan nilai kerugian RM332 juta sejak Januari hingga Mac lalu.

Pengerusi Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, ancaman ini bukan sahaja memberi impak besar kepada negara dari aspek kerugian mencecah jutaan ringgit, malah turut memberi kesan kepada mangsa yang mengalami tekanan perasaan dan kemurungan.



Katanya, Pusat Tindakbalas Insiden Siber – Cyber999 yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia merekodkan sebanyak 1,555 insiden keselamatan siber dari laporan yang dibuat oleh pengguna Internet dalam tempoh yang sama.

“Insiden yang dilaporkan meliputi pelbagai ancaman siber, di mana penipuan dalam talian kekal sebagai insiden tertinggi yang dilaporkan iaitu sebanyak 1,025 atau 66 peratus dari jumlah keseluruhan laporan.

“Oleh itu, kita mengambil inisiatif mengadakan siri Jelajah Anti-Scam Kebangsaan (JASK) bagi memperkasa dan meningkatkan kesedaran masyarakat menghadapi pelbagai ancaman penipuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Jelajah Anti-scam Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Katanya, menerusi program ini turut berkongsikan mengenai trend ancaman siber masa kini terutamanya dalam menghadapi cabaran berkaitan isu-isu serta insiden penipuan dalam talian dan jenayah scam.



Program JASK bermula di negeri ini diikuti Kedah (Jun) dan Perak (Oktober) diilhamkan oleh Gabungan Bertindak Anti Scam yang dianggotai oleh agensi kerajaan, organisasi swasta, pemain industri, badan-badan bukan kerajaan, persatuan serta institusi pengajian tinggi dan disokong oleh Kementerian Digital.
 
Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading