Restoran Golek-Golek

Restoran Golek-Golek
Sumber: Golek-Golek Suasana Kampung

Bakal membangkitkan nostalgia klasik, Restoran Golek-Golek adalah sebuah kedai makan berkonsep unik yang beroperasi di dalam rumah tradisional Melayu. Lengkap dengan pelita lagi tu! Lanskapnya juga sangat menarik. Sememangnya lain daripada yang lain.

Makanan yang dihidangkan di restoran ini enak-enak belaka dengan tawaran harga yang berpatutan. Antara hidangan yang ditawarkan adalah seperti kerang sambal, ikan siakap bakar dengan petai, daging salai masak lemak cili padi, ketam masak telur masin dan banyak lagi. Walau apa pun ditempah, menu paling wajib anda cuba adalah menu signaturenya iaitu ikan bakar sambal petai yang mana anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan ikan pari, ikan sisa nabi atau siakap.

Sambil menikmati hidangan di atas meja kayu klasik yang luas, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik live. Menarik bukan? Apa lagi yang difikirkan? Tempat makan ini cukup ideal untuk dijadikan lokasi menjamu selera bersama keluarga.

Alamat:  Golek Golek Restaurant, Jalan Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur



Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (7.00 pm – 12.00 am) | Isnin (Tutup)

Linda Onn bercerita pasal periuk satu jam

Restoran Golek-Golek

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button