Sejauh Mana Kerajaan Perpaduan Serius Dalam Mendaulatkan Keadilan?

Sejauh Mana Kerajaan Perpaduan Serius Dalam Mendaulatkan Keadilan?

Sejauh Mana Kerajaan Perpaduan Serius Dalam Mendaulatkan Keadilan?

Rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim supaya benar-benar mendaulatkan prinsip Kedaulatan Undang Undang.

Keyakinan rakyat bertambah apabila beliau mengumumkan berlaku ketirisan sebanyak RM92.5 bilion semasa negara diperintah oleh regim Muhyiddin Md Yasin.



Tidak lama selepas itu, seorang demi seorang pemimpin kanan Perikatan Nasional, termasuk Muhyiddin sendiri mula didakwa di mahkamah.

Walau pun pihak Perikatan Nasional cuba menanamkan naratif kononnya pendakwaan yang dilakukan adalah pendakwaan terpilih, namun ianya gagal mendapat sambutan dari rakyat.

Berpaksikan kepada prinsip tidak ada sesiapa yang berada di atas undang-undang, penulis tertanya-tanya, sejauh manakah keseriusan Kerajaan Perpaduan dalam mendaulatkan undang-undang.

Baru-baru ini kita dikejutkan apabila seorang bekas penolong pendaftar mahkamah ditahan oleh SPRM.



Beliau disyaki meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta, bagi membantu menyelesaikan kes siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan yang sudah dituduh berkaitan projek itu.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1078666/skandal-jana-wibawa-bekas-timbalan-pendaftar-mahkamah-pula-ditahan

Ianya tidak boleh dianggap sebagai kes terpencil.



Kes pegawai kanan mahkamah yang turut melibatkan hakim, ditahan, dituduh, malah disabitkan kesalahan kerana rasuah, adalah bukti bahawa badan kehakiman juga terdedah dengan jenayah rasuah.

Baca di sini:

1) https://www.malaysiakini.com/news/561774

2) https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/10/1014216/rasuah-bekas-hakim-dipenjara-6-bulan



3) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekas-hakim-peguam-didakwa-terima-rasuah-221933

Usaha untuk membersihkan badan kehakiman dari jenayah rasuah, TIDAKĀ boleh dianggap sebagai campurtangan dalam badan kehakiman.

Jangan Salah Gunakan Istilah Kebebasan Badan Kehakiman

Istilah kebebasan badan kehakiman tidak boleh ditakrifkan sebagai pegawai badan kehakiman bebas melakukan jenayah rasuah.

Terdapat beberapa kes berprofil tinggi yang masih lagi tergantung hingga ke hari ini dengan berselindung di sebalik istilah kebebasan badan kehakiman.



Kes pendakwaan hakim Nazlan yang telah disiasat sepenuhnya oleh SPRM.

Malah disahkan oleh SPRM terdapat asas dan bukti yang kukuh untuk melakukan pendakwaan.

Hingga ke hari ini, kes itu masih lagi tergantung hanya kerana kononnya badan kehakiman adalah badan yang bebas.

Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz, dilihat mempermainkan mahkamah dan membuang masa mahkamah.



Beliau dilihat cuba mengelakkan diri dari memberi keterangan di mahkamah dengan cuti sakit paling lama di dunia.

Walau pun sudah diumumkan, tetapi RCI untuk menyiasat buku Tommy Thomas masih lagi belum ditubuhkan.

Jadi, sejauh manakah keseriusan Kerajaan Perpaduan dalam mereformasikan institusi di Malaysia.

Jangan biarkan penjenayah rasuah terlepas dengan hanya berselindung di sebalik kebebasan badan kehakiman!!!

 

Sejauh Mana Kerajaan Perpaduan Serius Dalam Mendaulatkan Keadilan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button