Aksi EPL dihentikan seketika untuk pemain berbuka puasa

LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) digesa membenarkan pengadil menghentikan perlawanan seketika bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa ketika Ramadan, menurut Sky Sports hari ini.

Jawatankuasa pengadil mahu pegawai perlawanan diberikan panduan sesuai supaya pemain dapat berbuka puasa dengan minuman, gel tenaga atau suplemen di garisan tepi padang ketika aksi dihentikan seketika.

Ramadan dijangka bermula esok dan berakhir sebulan.



Pengadil turut digalakkan mengenal pasti pemain yang berpuasa sebelum sepak mula dan bersetuju dengan anggaran masa ditetapkan untuk berbuka puasa.

Penyerang Liverpool Mohamed Salah, pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante dan sayap Manchester City, Riyad Mahrez antara pemain yang menjalani ibadah itu tanpa makan dan minum di siang hari.

Pada 2021, perlawanan Leicester City dan Crystal Palace dihentikan seketika oleh pengadil Graham Scott selepas setengah jam bagi membolehkan Wesley Fofana dan Cheikhou Kouyate berbuka puasa.

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button