Dua undi tidak percaya gagal terhadap Perancis

Dua undi tidak percaya gagal terhadap Perancis

Dua undi tidak percaya gagal terhadap Perancis
SEORANG penunjuk perasaan memegang sepanduk menolak penggunaan artikel 49.3 dalam Perlembagaan Perancis ketika menyertai protes di Paris.-AFP

PARIS: Dua undi tidak percaya terhadap kerajaan Presiden Perancis, Emmanuel Macron gagal di Parlimen negara itu, sekali gus membuka jalan terhadap pelaksanaan pembaharuan pencen dan mencetuskan protes baharu di Paris.

Kerajaan menyebut tentang kuasa Perlembagaan khas Khamis lalu melalui artikel 49.3 untuk meneruskan perundangan kontroversi meningkatkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 bagi kebanyakan pekerja.

Penggubal undang-undang yang mengkritik tindakan itu kemudian mengusulkan undi tidak percaya yang diadakan kelmarin.



Usul pertama dikemukakan oleh kumpulan ahli Parlimen LIOT yang mewakili pelbagai parti kecil namun mereka hanya menerima 278 undi, kurang sembilan undi daripada 287 majoriti yang diperlukan untuk meluluskan undi tidak percaya itu.

Undian yang dibentangkan minggu lalu oleh parti sayap kanan National Rally kurang mendapat sokongan, dengan hanya 94 ahli Parlimen mengundi menyokong.

“Perdana Menteri mesti meletakkan jawatan, membawa pembaharuan bersamanya,” kata Ketua Parlimen parti tersebut, Mathilde Panot selepas pengundian.

Pembangkang kini sedang mencari jalan merayu kepada Majlis Perlembagaan Perancis untuk menghalang sebahagian atau semua undang-undang pencen tersebut dan majlis tersebut akan mempunyai masa sehingga sebulan untuk mempertimbangkan sebarang bantahan terhadap perundangan berkenaan.



Sementara itu, kemarahan rakyat terhadap reformasi pencen tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir, dengan penunjuk perasaan merusuh di tengah Paris dan bertempur terhadap polis.

“Terdapat kehadiran polis yang ramai di seluruh ibu negara ketika penunjuk perasaan bergerak di antara lokasi. Sekurang-kurangnya 70 orang ditahan di Paris semasa tunjuk perasaan kelmarin,” kata sumber polis kepada CNN.

Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi



Dua undi tidak percaya gagal terhadap Perancis



LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button