Sudah 10 hari penduduk terseksa tiada bekalan air

Oleh – Syeikh Baran


Sudah 10 hari penduduk terseksa tiada bekalan air
Penduduk menggunakan air tangki statik yang disediakan Sains untuk solat Jumaat di Masjid Bandar Springhill, di sini, baru-baru ini. FOTO MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

Sebahagian penduduk di Bandar Springhill di sini kesal dengan masalah bekalan air di kawasan mereka yang sudah terputus selama 10 hari.

Menurut penduduk yang juga imam di Masjid Bandar Springhill, Mohd. Azuwar Sulaiman berkata, sebelum ini memang sering berlaku masalah gangguan air namun, tidak seteruk seperti kali ini.



Menurutnya, gangguan tersebut juga melibatkan kawasan masjid sehinggakan jemaah terpaksa menggunakan air dari tangki statik yang diletakkan oleh pihak Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains).

“Gangguan bekalan air sehingga melebihi seminggu ini pertama kali berlaku setelah kira-kira 10 tahun masjid berkenaan didirikan.

“Pihak masjid terpaksa mengambil langkah alternatif meminta pihak Sains menghantar tiga lori air untuk diisi di dalam kolah dan kemudiannya dengan bantuan pasukan bomba bekalan tersebut akan disedut ke dalam tangki masjid.

“Tangki air di masjid ini boleh memuatkan 3,000 gelen air dan bertahan selama empat hari. Kami tak pasti sekiranya ada penduduk yang menggunakan air di sini berikutan kediaman masing-masing berhadapan masalah yang sama, namun langkah ini adalah bagi memudahkan jemaah solat di sini,” katanya di sini, hari ini.



Gangguan bekalan air yang dialami sebahagian penduduk di Nilai, Lenggeng, Sendayan dan Bandar Springhill di sini adalah ekoran kerosakan pada penyambung saluran di Empangan Sungai Triang-Petaseh, Jelebu yang menyebabkan penurunan jumlah aliran air sebelum ke Loji Rawatan Air (LRA) Ngoi Ngoi dekat Pantai, di sini.

Keadaan berkenaan menyebabkan margin bekalan sumber air mentah yang disalurkan bagi kawasan terlibat menurun dan kekurangan tersebut menyebabkan tekanan air di kawasan-kawasan tinggi di hujung jajaran paip telah terganggu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button