Isu Anak Angkat Noh Salleh

Ini Penjelasan Peguam Yang Perlu Anda Tahu

Isu Anak Angkat Noh Salleh

Isu Anak Angkat Noh Salleh

Sebelum ini, vokalis Hujan, Noh Salleh membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut ibu kandung anak angkatnya, Musa, iaitu Athira.

Tidak Tahu Menahu Mengenai Perjanjian

Noh, melalui hantaran Instagram (IG) memberitahu, dia akur beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini termasuk memadam foto muka Musa yang dikongsi dalam media sosial.



Noh juga turut menjelaskan bahawa dia tidak tahu-menahu perjanjian yang dibuat Athira dan bekas isterinya, Mizz Nina di mana mereka dilarang memuat naik foto paras Musa dalam mana-mana platform media sosial.

Pandangan Dari Seorang Peguam

Isu Anak Angkat Noh Salleh
via Instagram Noh Salleh

Dalam pada itu, dari portal hiburan Mstar ada berkongsikan mengenai pandangan daripada seorang peguam mengenai isu yang melibatkan Noh Salleh ini.

Dalam perkongsian tersebut, menurut peguam iaitu Mahmud Abdul Jumaat, kesalahan tersebut boleh disabit di bawah Akta Kanak-Kanak Seksyen 15 kerana menyebarkan gambar tanpa kebenaran.

Menurut peguam itu lagi, kanak-kanak merupakan individu yang sangat ‘fragile’ dan kalau boleh jangan libatkan dalam hal penjagaan kanak-kanak. Sebaiknya mereka tidak dipaparkan kepada umum.



Malah pihak ibu boleh mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya dan siasatan akan diambil sekiranya tiada tindakan dilakukan oleh Noh.

Akur Dengan Perjanjian

Isu Anak Angkat Noh Salleh
via Instagram Noh Salleh

Noh yang pernah memuat naik gambar Musa sebelum ini telah memilih untuk akur dengan perjanjian dan  memadam kembali gambar tersebut.

Malah Noh juga turut mengakui kesilapannya kerana tidak memikirkan soal sensitiviti Athira. Justeru, Noh berharap penjelasan dibuat mampu menjernihkan kembali keadaan.

Isu Anak Angkat Noh Salleh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading