Bajet RM2.4 bilion subsidi motosikal elektrik baharu

Bajet RM2.4 bilion subsidi motosikal elektrik baharu

Bajet RM2.4 bilion subsidi motosikal elektrik baharu
GESITS tersenarai sebagai jenama motosikal elektrik yang menyediakan harga bersubsidi daripada kerajaan Indonesia.-AGENSI

JAKARTA: Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani menjelaskan bajet berjumlah 7 trilion Rupiah (RM2.4 bilion) akan digunakan untuk menyediakan bantuan kerajaan bagi pembelian atau penukaran kepada motor elektrik baharu yang akan diberikan bermula minggu ini.

Bajet tersebut diperuntukkan untuk subsidi pembelian 800,000 motosikal elektrik baharu dan 200,000 bantuan penukaran kepada motosikal elektrik.

Bagaimanapun jelas beliau, tidak semua boleh mendapat insentif untuk membeli motosikal elektrik kerana dihadkan oleh kriteria tertentu.



“Bantuan motosikal elektrik baharu akan diberikan kepada penerima Program Kredit Usaha Rakyat (KUR), penerima Bantuan Produktif Usaha Mikro (BPUM), bantuan subsidi upah serta penerima subsidi elektrik sementara pertukaran atau pengubahsuaian kepada motosikal elektrik tiada sebarang had.

“Program bantuan subsidi ini melibatkan pembelian 200,000 ribu motor elektrik baharu serta 50,000 penukaran tahun ini sementara sebanyak 600,000 motosikal elektrik baharu dan 150,000 lagi penukaran untuk tahun depan,” ujarnya.

Jelas beliau, kerajaan mewajibkan hanya pembelian model kenderaan keluaran dalam negara yang mempunyai Tahap Kandungan Domestik Minimum (TKDN) sebanyak 40 peratus layak mendapat bantuan subsidi tersebut.

“Produk motosikal elektrik yang mendapat bantuan perlu disediakan dengan syarat tidak menaikkan harga jualannya sepanjang tempoh pemberian bantuan kerajaan,” katanya.



Tiada keperluan, justifikasi tukar nama Georgetown

Bajet RM2.4 bilion subsidi motosikal elektrik baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button