Malaysia akan dapat PM bergilir-gilir?

Mahathir, Anwar, Muhyiddin calon PM?

Oleh – Editor


Malaysia akan dapat PM bergilir-gilir?

Era PRU14 mencatat rekod mengejutkan bagi sejarah politik Malaysia bila dalam tempoh sepenggal 3 Perdana Menteri dilantik. Adakah pada PRU15 ini Malaysia sekali lagi akan dapat PM bergilir-gilir?

Membaca profilik politik hari ini, tidak mustahil akan berlaku ‘perjanjian sulit’ agar jawatan tersebut digilirkan secara harmoni menurut turutan.

Tun Mahathir, individu pertama yang mencatat rekod menjadi PM sebanyak 2 kali dan untuk PRU15, beliau meminta sekali lagi agar diberikan peluang menjadi PM.



Alasannya untuk membetulkan kerosakan yang telah terjadi sepanjang 2018-2020.

Anwar Ibrahim pula telah menanti peluang menjadi PM selama 23 tahun sejak 1999 setelah dipecat Mahathir kerana salah laku seks.

Sejak itu, cita-cita Anwar menjadi PM tidak pernah padam dan sentiasa berusaha untuk mencapainya sehinggalah beliau mempercayai Mahathir akan membuat peralihan kuasa selepas Pakatan Harapan menerajui Malaysia pada 2018.

Malaysia akan dapat PM bergilir-gilir?

Sayang sekali, Anwar sekali lagi dipermainkan Mahathir apabila beliau bertindak meletakkan jawatan pada 2020 dan sebuah kerajaan baru dibentuk.



Muhyiddin Yassin, seorang opportunis politik sejak sebelum zaman Tun Abdullah mendapati peluang untuk beliau menjadi PM sudah tidak ada halangan lagi.

Peluang yang datang tidak disia-siakan dan beliau menerima pelantikan sebagai Perdana Menteri Ke-8 dengan rela hati. 

Tetapi, ‘disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari’, Muhyiddin telah dilabelkan rakyat sebagai Perdana Menteri GAGAL.

Ini semua disebabkan tindak-tanduk beliau dalam menguruskan ekonomi serta pentadbiran yang bercelaru. Denagn menggunakan alasan darurat, Muhyiddin telah menyebabkan ramai rakyat kehilangan mata pencarian serta meruntuhkan ekonomi rakyat secara tidak langsung.

PH & PN BUAT ‘TAIK’, UMNO PULA KENA PALIT

Baton PM kemudian diserahkan kepada Ismail Sabri Yaakob untuk ‘mencuci najis’ Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Memulakan perjalanan sebagai PM dengan sederhana, Ismail Sabri telah membuka kembali ruang untuk rakyat ‘bernafas’ walau adakala tersekat-sekat.

Muhyiddin cuba alih gelaran gagal kepada Ismail

Sekurangnya beliau yang merupakan Naib Presiden Umno berjaya mempamerkan kemampuan sebenar Umno mentadbir negara dengan kaedah yang betul walau berdepan tekanan dari sekutu dalam Keluarga Malaysia (Perikatan Nasional),

Kini, sudah kedengaran ada ura-ura kerjasama Mahathir, Anwar dan Muhyiddin kembali bergabung untuk menghadapi PRU15.

Mustahil sekiranya mereka bergabung, tiada perebutan jawatan nombor 1 negara tidak berlaku.

Untuk memuaskan hati ketiganya, seeloknya mereka merancang tempoh penggiliran sebagai Perdana Menteri tanpa menukar polisi dan dasar yang akan dipersetujui bersama.

Jika enggan memberi laluan terus kepada Mahathir untuk menjadi PM eloklah dibuat cabutan ‘tali paling panjang’ dan sesiapa kalangan mereka bertiga mendapat tali paling panjang akan diberikan penghormatan menjadi PM Ke-10 diikuti tali kedua panjang dan diakhiri tali terpendek.

Rakyat akan ikut dan menerima penggiliran mereka dengan terbuka. Apa salahnya mendapat 3 PM secara bergilir sekali lagi jika itu yang rakyat mahukan?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker