‘Demam’ filem Barbie tingkatkan jualan global anak patung

‘Demam’ filem Barbie tingkatkan jualan global anak patung

‘Demam’ filem Barbie tingkatkan jualan global anak patung

BANDAR RAYA NEW YORK – Tayangan filem Barbie yang menemui penonton di pawagam Malaysia bermula hari ini dijangka meningkatkan jualan anak patung tersebut kepada AS$14 bilion (RM63.6 bilion) menjelang 2027, lapor portal berita ANB Media.

Ketua Penganalisis Permainan Euromonitor International, Loo Wee Teck berkata, filem tersebut bukan sekadar mewujudkan trend merah jambu di seluruh dunia ketika ini, ia bahkan dijangka mempengaruhi jualan anak patung Barbie secara global.



Dengan dipacu oleh sambutan luar jangkaan meskipun sebelum ia ditayangkan, filem tersebut diunjur mengukuhkan jualan anak patung dan aksesori berkaitan sebanyak 16 peratus pada tahun depan berbanding 2022.

“Jualan anak patung Barbie meningkat ketika pandemik, namun merosot pada 2022 ekoran kenaikan harga dan ketidaktentuan ekonomi.

“Pengeluarnya, Mattel, mungkin boleh meletakkan harapan tinggi untuk jualan 2023 berikutan pengaruh filem Barbie dan pelancaran semula patung Monster High, Disney Princess dan Frozen,” katanya.

Tambah Wee Teck, pertumbuhan jualan Mattel turut dipacu oleh trend pembelian daripada kumpulan digelar ‘dewasa kanak-kanak’ yang membeli patung Barbie untuk mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak mereka.



“Syarikat tersebut selain itu turut mentransformasi ke arah kandungan digital dan permainan video. Ia telah membantu Mattel menjana perolehan tambahan bagi segmen tersebut dan meningkatkan jualan anak patung fizikal,” jelasnya.

Filem edaran Warner Bros. Pictures itu dibintangi oleh pelakon Australia, Margot Robbie sebagai Barbie dan Ryan Gosling sebagai teman lelakinya, Ken. – Agensi

‘Demam’ filem Barbie tingkatkan jualan global anak patung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button