Sembilan maut dalam serangan Russia di dua bandar Ukraine
Sembilan maut dalam serangan Russia di dua bandar Ukraine
RZHYSHCHIV: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan puluhan lagi cedera akibat siri serangan udara Russia di dua bandar di Ukraine.Siri serangan dron yang berlaku awal pagi memusnahkan dua bangunan asrama dan sebuah sekolah menengah di Rzhyshchiv sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang maut dan tujuh lagi cedera.
Pasukan perkhidmatan kecemasan menerusi Facebook memaklumkan seorang berjaya diselamatkan dari lokasi kejadian dan empat orang dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan.
Jelasnya, operasi menyelamat masih sedang diteruskan.
Ketua polis wilayah Andrii Nebytov berkata, seorang pemandu ambulans yang bergegas ke tempat kejadian, merupakan antara mangsa yang maut.
Beberapa jam kemudian, dua bangunan kediaman dilaporkan musnah dalam serangan peluru berpandu di bandar tenggara Zaporizhzhia.
Sementara itu, tentera Ukraine memaklumkan pihaknya berjaya menumpaskan 16 daripada 21 dron buatan Iran yang dilancarkan oleh Russia. – REUTERS
Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
Sembilan maut dalam serangan Russia di dua bandar Ukraine
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni
- Dokumen SPRM berkaitan kesalahan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim tersebar
- Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.
- Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi