MBPJ digesa perjelas insiden warga emas ‘diserang’ penguat kuasa

MBPJ digesa perjelas insiden warga emas ‘diserang’ penguat kuasa

MBPJ digesa perjelas insiden warga emas 'diserang' penguat kuasa
Tangkap layar video tular mengenai insiden seorang warga emas diserang penguat kuasa MPBJ ketika operasi menangkap anjing liar. – Foto ihsan Facebook Rekha Morgan

KUALA LUMPUR: Pejabat Parlimen Petaling Jaya menuntut penjelasan berhubung kes seorang lelaki warga emas diserang pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika operasi menangkap anjing liar.

Is susulan satu video tular memaparkan seorang lelaki warga emas ‘diserang’ pegawai MBPJ semasa cuba melindungi anjingnya daripada ditangkap.

“Ini termasuk tatacara pegawai yang terbabit ketika operasi berkenaan dan saya berharap siasatan secara terperinci dijalankan oleh unit integriti dan perkara ini tidak berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Seorang anggota penguat kuasa juga dilihat memukul lelaki itu dengan batang besi yang digunakan untuk menangkap anjing.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chun, berkata pejabatnya sudah mengeluarkan satu surat rasmi kepada MBPJ selepas video insiden itu tular.

“Pejabat saya memohon pencerahan daripada MBPJ mengenai prosedur operasi standard (SOP) sekiranya ada, yang diguna pakai ketika operasi menangkap anjing liar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

MBPJ digesa perjelas insiden warga emas 'diserang' penguat kuasa



Patrick ketika membuat laporan di IPD Petaling Jaya susulan insiden membabitkan penguat kuasa MBPJ. – NSTPKejadian itu dilaporkan berlaku di Taman Kanagapuram, off Jalan Klang Lama di Petaling Jaya, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar insiden itu berlaku.

Terdahulu, seorang lelaki warga emas yang terbabit dalam video tular itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya susulan insiden itu.

Patrick Khoo, 69, berkata laporan itu dibuat kerana beliau bimbang dengan nasib anjingnya yang ditahan MBPJ dalam operasi terbabit.

SCHA ALYAHYA TAMPIL PERJELAS ISU IG ‘HILANG’: “SAYA SILAP ‘DEACTIVATED’ AKAUN…”



MBPJ digesa perjelas insiden warga emas ‘diserang’ penguat kuasa


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah DAP Sudah Berubah?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button