Rangka manusia bersama t-shirt biru ditemukan tepi sungai

Batu Pahat: Hasrat seorang lelaki untuk memancing terbantut selepas menemui rangka manusia di tepi sungai Ladang Tereh Mill, Paloh, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, turut ditemui t-shirt berwarna biru dan baju sejuk berlengan panjang

Bahrin berkata, tiada sebarang dokumen peribadi ditemui dan ia dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK) untuk bedah siasat.



“Rangka manusia yang belum diketahui jantina dan bangsa itu ditemui seorang lelaki pada 6 pagi di tepi sungai Ladang Tereh Mill.

“Ia ditemui dalam keadaan mengiring dengan jarak kira-kira enam meter dari sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihaknya belum mengenalpasti jika penemuan itu ada bersangkutan dengan mana-mana laporan orang hilang.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button