Bekalan air pulih sepenuhnya esok

Shah Alam: Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang, sudah siap dilaksanakan seperti dijadualkan pada 6 pagi hari ini.

Susulan itu, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat ke premis pengguna selepas sistem bekalan air distabilkan dan bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada 6 pagi, esok.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis.



“Air Selangor akan terus menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook Air Selangor.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.



Semalam, Air Selangor memaklumkan sejumlah 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10 malam susulan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan itu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button