Dua lelaki ditahan selepas enam jam samun kedai
Dua lelaki ditahan selepas enam jam samun kedai
BATU PAHAT: Dua pekerja bengkel membaiki kenderaan yang disyaki terbabit dalam kes samun dua premis perniagaan di sekitar Parit Sulong, diberkas polis kira-kira enam jam selepas melakukan perbuatan jenayah itu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata suspek yang berusia 26 dan 29 tahun didapati positif dadah jenis methamphetamine dan benzodiazepin hasil ujian saringan air kencing.
Beliau berkata, polis turut menemui wang tunai berjumlah RM3,025 bersama parang dan sabit serta beberapa telefon bimbit dipercayai hasil samun di kedua-dua kedai berkenaan.
“Semalam, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan dua lelaki memakai helmet dan bersenjata parang dipercayai telah melakukan samun di Parit Sulong.
“Pada jam lebih kurang 11.30 malam, pihak polis Parit Sulong telah menerima satu laporan daripada mangsa iaitu seorang pemilik kedai snuker menyatakan, dia disamun dua lelaki yang tidak dikenali pada jam lebih kurang 9 malam.
“Hari ini lebih kurang 2.30 pagi, satu lagi laporan polis diterima daripada pemilik kedai menjual telefon bimbit dan peralatan komunikasi menyatakan, kedainya disamun pada jam lebih kurang 9.30 malam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni
- Dokumen SPRM berkaitan kesalahan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim tersebar
- Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.
- Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
“Bertindak di atas makluman awam pada jam lebih kurang 3 pagi, dua lelaki warga tempatan berusia 26 dan 29 tahun telah berjaya ditangkap di kawasan Parit Sulong,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kedua-duanya direman lima hari sehingga Khamis ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
“Sepasukan polis telah menjalankan siasatan di kedua-dua tempat kejadian dan mendapati seorang pekerja cedera ringan akibat dipukul di kepala oleh salah seorang suspek dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
“Kedua-dua pemilik kedai mengalami kerugian wang tunai selain beberapa telefon bimbit dan peralatan di dalam premis turut dirosakkan suspek,” katanya.
Dua lelaki ditahan selepas enam jam samun kedai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
- Cemas dengan pendedahan surat SPRM terhadap Hakim Nazlan , Mahathir lari ke isu Wawasan 2020.
- Surat SPRM berkaitan Hakim Nazlan buat rakyat yakin Najib Tidak bersalah dan mahu dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :