TNB siasat insiden kontraktor maut dirempuh ketika penyelenggaraan

TNB siasat insiden kontraktor maut dirempuh ketika penyelenggaraan

TNB siasat insiden kontraktor maut dirempuh ketika penyelenggaraan
Pekerja penyelenggaraan maut dilanggar SUV terbabas di Jalan Kota Tinggi-Kluang petang semalam. – Foto tular

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menubuhkan pasukan siasatan dalaman susulan insiden pekerja kontraktor maut dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika melakukan penyelenggaraan kabel di Johor petang semalam.

TNB melalui kenyataan memaklumkan siasatan itu selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada aspek keselamatan, yang mana syarikat akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan.

“PDRM dipetik melaporkan sebuah SUV terbabas lantas merempuh sebuah kereta dan mesin pengorek di tepi jalan sebelum melanggar kedua-dua mangsa. Kes kini dalam siasatan pihak polis,” katanya.



Semalam, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Muhammad Hizran Aiman, 23, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Siasatan awal mendapati SUV dipandu lelaki berusia 26 tahun dari Jalan Kota Tinggi menghala Kluang terbabas ke laluan bertentangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan




SUV itu melanggar sebuah Proton Wira di tepi jalan, selain sebuah jengkaut dikendalikan seorang lelaki berusia 48 tahun dan dua pekerja.

TNB bersimpati atas kejadian menimpa Allahyarham Muhammad Hirzan serta rakan sekerjanya, Amirul Haiqal Shor yang cedera ringan dan dirawat di Hospital Kluang.

“Kedua-dua mangsa adalah pekerja Syarikat JM Letrik Sdn Bhd yang sedang membuat kerja pengorekan di kawasan jalan berkenaan bagi tujuan rentangan kabel,” katanya.

TNB siasat insiden kontraktor maut dirempuh ketika penyelenggaraan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading