AS guna Google, Meta dan Apple untuk intipan?

AS guna Google, Meta dan Apple untuk intipan?

AS guna Google, Meta dan Apple untuk intipan?
ISU TikTok hangat diperdebatkan di Amerika Syarikat.

TAIPEI: Amerika Syarikat (AS) beranggapan China menggunakan aplikasi yang sangat popular iaitu TikTok untuk mengintip rakyatnya.

na kerajaan AS sendiri boleh menggunakan syarikat teknologinya yang mengawal internet global secara berkesan untuk mengintip orang lain.

Lapor Al Jazeera, me­man­dang­kan AS mempertimbangkan untuk mengharamkan aplikasi video pendek yang digunakan oleh lebih 150 juta rakyat Amerika itu, penggubal undang-undang juga mempertimbangkan pembaharuan kuasa yang memaksa firma seperti Google, Meta dan Apple untuk memudahkan pengintipan tanpa halangan terhadap warga bukan AS yang berada di luar negara.



Seksyen 702 Akta Pengawa­san Perisikan Asing (FISA) bakal diluluskan dan dijangka memberi kebenaran semula menjelang Disember ini iaitu membenarkan agensi perisikan AS menjalankan pengintipan tanpa waran ke atas e-mel, te­lefon dan dalam talian komunikasi orang asing.

Walaupun rakyat AS mempunyai beberapa perlindungan terhadap carian tanpa waran di bawah Pindaan Keempat Perlembagaan AS, kerajaan AS menegaskan bahawa hak ini tidak diberikan kepada warga asing di luar negara.

Ia membenarkan agensi se­perti Agensi Keselamatan Negara (NSA), Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) secara praktikalnya bebas untuk mengintip komunikasi mereka.

Maklumat juga boleh dise­rahkan kepada sekutu AS seperti United Kingdom dan Australia.



Walaupun adalah perkara biasa bagi kerajaan untuk mengintip di luar negara, Washington menikmati kelebihan yang tidak dikongsi oleh negara lain iaitu bidang kuasa ke atas segelintir syarikat yang menjalankan internet moden dengan berkesan termasuk Google, Meta, Amazon dan Microsoft.

TikTok yang dimiliki oleh syarikat China, ByteDance dibangkitkan kepada rakyat AS baru-baru ini kerana didakwa berupaya membuat pengintipan.

Giliran Meta pecat pekerja secara besar-besaran



AS guna Google, Meta dan Apple untuk intipan?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Raja Petra kata Muhyiddin dikelilingi cytro bodoh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button