Perjumpaan Mahathir, Muhyiddin hanya helah alih isu?

 

Perjumpaan Mahathir, Muhyiddin dikatakan hanya helah untuk mengalih isu yang jauh lebih besar. Khabar yang berlegar menyatakan pertemuan tersebut lebih kepada mencari jalan menyelamatkan diri masing-masing.



Menurut khabar itu lagi, dalam pertemuan tersebut turut dibincangkan ialah kemana perbelanjaan sebanyak RM600 billion yang disalurkan semasa perintah darurat.

Proklamasi Darurat diwartakan pada Januari 2021 dan berakhir pada Ogos 2021. Muhyiddin meletakkan jawatan pada Ogos 2021.

Sebagai rekod, Muhyiddin tidak pernah membentangkan butiran lengkap perbelanjaan darurat dalam parlimen. 

Menurut desas-desus lagi, apa yang berlaku dalam pertemuan tersebut banyak membincangkan mengenai perbelanjaan darurat serta ada hubung-kait projek tertentu.



Semalam, ahli parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz memberi bayangan pertemuan dua bekas Perdana Menteri mahu salah seorang kembali berkuasa untuk memastikan projek mereka terus ‘bernyawa’.

September tahun lepas, ahli parlimen Klang, Charles Santiago meminta siasatan terhadap 1BESTARI.NET dibuat dan hubungkait Muhyiddin dengan syarikat YTL Communication Sdn Bhd.

Fahmi Fadzil, Lembah Pantai juga mendesak siasatan dilakukan terhadap syarikat yang mengendalikan projek Digital National Bhd.

Tidak masuk akal apabila Mahathir boleh memberi kenyataan pertemuan beliau dan Muhyiddin hanyalah berkisar permintaan Muhyiddin untuk kembali berkuasa. 



Agak janggal apabila Mahathir boleh mengeluarkan kenyataan seperti yang tular kerana mereka pernah bekerjasama bagi menjatuhkan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan Pakatan Harapan selepas PRU14.

Ramai pemerhati politik membaca gaya pemikiran dan lenggok politik berfikir apa yang dinyatakan Mahathir hanyalah helah semata untuk mengelak netizen dan rakyat ‘mengorek’ jauh mengenai isu yang melibatkan kedua-dua mereka.

Amat pelik kerana biasanya Mahathir akan merahsiakan butiran mengenai pertemuan dan hanya menjawap perjumpaan biasa namun kali ini berbeza.



Adakah sebenarnya Mahathir tahu kemana wang RM600 billion dibelanjakan dan Muhyiddin ‘terpaksa’ meminta ‘nyawa’ dari Mahathir untuk memastikan BN tidak menang dalam PRU15 bagi memastikan tiada siapa mempersoalkan tindak-tanduk beliau selama menjadi PM?

 

Muhyiddin mahu kembali jadi Perdana Menteri




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading