Pro Dan Kontra Semakan Kehakiman Kedua Kes SRC DS Najib

Pro Dan Kontra Semakan Kehakiman Kedua Kes SRC DS Najib

Pro Dan Kontra Semakan Kehakiman Kedua Kes SRC DS Najib

Ketua panel peguambela DS Najib dalam kes SRC membayangkan ada kemungkinan DS Najib akan memfailkan semakan kehakiman kedua kes SRC.

Untuk rekod, panel 5 hakim yang bersidang dalam semakan kehakiman kes SRC telah menolak permohonan DS Najib dengan keputusan 4 hakim menolak dan 1 hakim bersetuju.



4 hakim yang menolak adalah YA Vernon Ong, YA Rhodzariah Bujang, YA Nordin Hassan dan YA Abu Bakar Jais.

Manakala seorang hakim yang bersetuju dengan rayuan semakan kehakiman DS Najib adalah YA Rahman Sebli yang juga merupakan pengerusi 5 panel hakim berkenaan.

Menurut ketua panel peguambela, TS Shafie Abdullah, penghakiman YA Rahman Sebli yang menentang keputusan 4 panel yang lain telah membuka ruang baru untuk semakan kehakiman kedua dilakukan.

Dalam penghakiman YA Rahman Sebli berkata:



“Beliau cenderung untuk membatalkan seluruh sabitan hukuman kerana DS Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil pada saat itu”.

“Keterangan dari pihak DS Najib tidak didengar semasa kes SRC tahun lalu”.

“Mahkamah Persekutuan ketika itu hanya mendengar hujah pihak pendakwaan selama dua hari”.

“Mahkamah seharusnya mengundang pemohon untuk berbicara terlebih dahulu sebelum membiarkan timbalan pendakwa raya berbicara, namun ini tidak dilakukan”.



“Ini menafikan hak suatu pihak”.

“Oleh itu mahkamah tertinggi tersebut  harus campur tangan dalam situasi semacam ini”.

Penghakiman beliau ditutup dengan hujah:

“Keadilan bukan sekadar tentang tertuduh bersalah atau tidak, malah ia lebih besar dari itu”.



“Ia adalah hak tertuduh mendapat perbicaraan yang adil”.

“Tertuduh juga mesti merasakan dia mendapat perbicaraan yang adil”.

“Jika sistem keadilan tidak mampu memberikan perkara itu kepada beliau, maka beliau tidak sepatutnya dibicarakan pun”.

Pro Dan Kontra Semakan Kehakiman Kali Kedua

Menurut TS Shafie, penghakiman yang dibuat oleh YA Rahman Sebli telah membuka ruang untuk DS Najib memfailkan semakan kali kedua.



Kerana menurut TS Shafie, penghakiman YA Rahman Sebli jelas menunjukkan kekhilafan 5 panel hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan DS Najib tahun lepas.

Sekiranya mahkamah membenarkan semakan kehakiman kali kedua, maka peluang untuk DS Najib membatalkan sabitan kesalahan ke atas beliau kembali terbuka.

Namun begitu harus diingat, semakan kehakiman kali kedua di peringkat Mahkamah Persekutuan berkemungkinan akan membariskan panel hakim yang sama.

Sepanjang perbicaraan, rayuan dan semakan kehakiman, seorang hakim Mahkamah Tinggi, 3 hakim Mahkamah Rayuan dan 9 hakim Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan hukuman.



Dalam artikata lain, DS Najib akan menghadapi kesukaran untuk mempunyai kourum hakim Mahkamah Persekutuan yang mencukupi.

Ini adalah kerana bilangan hakim di Mahkamah Persekutuan adalah sangat kecil.

Tidak ada gunanya semakan kehakiman kali kedua dilakukan sekiranya panel hakim adalah senarai yang di kitar semula.

Peluang untuk berjaya dilihat sangat tipis dan dibimbangkan ianya nanti akan mempengaruhi keputusan permohonan Pengampunan Di Raja.

Pada pandangan penulis, adalah lebih baik DS Najib memberikan tumpuan ke atas petisyen yang telah difailkan kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari PBB (UNWGAD).

Di samping itu, proses rayuan Pengampunan Di Raja boleh digerakkan dari sekarang.

Kedua-dua ini mempunyai peluang yang jauh lebih baik dari membuat semakan kehakiman kali kedua.

Namun begitu, segalanya terpulang kepada kebijaksanaan panel peguambela DS Najib, kerana mereka lebih arif.

 

Pro Dan Kontra Semakan Kehakiman Kedua Kes SRC DS Najib

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button