Kad ‘ditelan,’ lelaki pecahkan skrin mesin ATM

Iskandar Puteri: Gara-gara kad ATM ‘ditelan’ ketika melakukan transaksi di bank di Taman Nusa Bestari di sini, seorang lelaki memecahkan skrin ATM di bank berkenaan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, suspek, 35, ditahan berdekatan lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati suspek berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian itu.

“Anggota Unit rondaan Bermotorsikal (URB) Bahagian Pencegah Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri menangkap suspek yang disyaki melakukan khianat pada harta benda.



“Pemeriksaan mendapati suspek memecahkan skrin salah sebuah mesin ATM di bank tersebut.

“Suspek juga menendang tong sampah yang mengandungi resit bank dalam bank terbabit akibat geram,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Rahmat kes disiasat mengikut Seksyen 427 kanun keseksaan.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button