Pemandu Uber derma buah pinggang kepada penumpang
Pemandu Uber derma buah pinggang kepada penumpang
WASHINGTON: Bukan semua insan sanggup berkorban menderma organ mereka kepada individu terutamanya yang tiada pertalian darah.
Namun, berbeza bagi pemandu Uber, Tim Letts, 33, yang sanggup memberi sebelah buah pinggang sendiri kepada seorang penumpangnya yang hanya dikenali beberapa minit ketika dalam perjalanan.
Lapor Times Now, kisah menyentuh hati antara Tim dan penumpangnya bernama Bill Sumiel menjadi tular selepas dikongsi oleh Good News Movement di laman Instagram.
Tim bertemu dengan pesakit buah pinggang itu ketika menghantarnya ke sebuah pusat dialisis di Newark, Delaware.
“Dalam perjalanan ke pusat dialisis, Tim dan Bill berbual pelbagai perkara termasuk masalah kesihatan dialami penumpang itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nurkilan hati dari Yana Najib
- Pro Dan Kontra Semakan Kehakiman Kedua Kes SRC DS Najib
- Penyokong “Bossku” terasa dikhianati oleh pihak tertentu
“Selepas tiba di kemudahan itu, Tim memberitahu dia berhasrat mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada Bill bagi membolehkannya kembali sihat dan dapat meneruskan hidup secara normal.
Menurut hantaran itu, doktor mengesahkan buah pinggang Tim sesuai dengan Bill dan akhirnya mereka menjalani pembedahan pemindahan organ tersebut.
“Setahun selepas pembedahan itu, kesihatan Bill bertambah baik dan dia menjalani rawatan di pusat pemulihan buah pinggang Universiti Delaware.
“Malah, Bill menganggap Tim sebagai rakan baik yang menyelamatkan nyawanya” jelas hantaran itu.
Penumpang Uber dicaj hampir RM180,00 bagi perjalanan 15 minit
Pemandu Uber derma buah pinggang kepada penumpang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kepada Sanusi MB Kedah: Cukup-Cukuplah Menipu Di Bulan Ramadhan
- Wan Rosdy zahir sokongan buat ‘Bossku’
- Laporan SPRM sahkan Hakim Nazlan langgar Kod Etika Hakim 2009
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ke Mana Perginya Pemimpin UMNO Ketika DS Najib Memerlukan Mereka