Liga Perdana Inggeris benar rehat berbuka puasa

LIVERPOOL: Pemain-pemain beragama Islam di Liga Perdana Inggeris tidak perlu mengharapkan rakan-rakan untuk berpura-pura cedera ketika permainan bagi berbuka puasa.

Liga Perdana Inggeris membenarkan pengadil menghentikan permainan bagi pemain-pemain Muslim berbuka puasa dan ia dapat disaksikan ketika perlawanan antara Everton dan Tottenham Hotspur di Goodison Park.

Permainan dihentikan pada minit ke-26 bagi membolehkan trio Everton, Andre Onana, Abdoulaye Doucoure dan Idrissa Gueye berbuka puasa di tepi padang.



Pemain-pemain lain menggunakan ruang terbabit untuk mendengar arahan pengendali masing-masing.

Spurs yang dibimbing sementara oleh Cristian Stellini mendahului perlawanan menerusi Harry Kane sebelum Michael Keane menyamakan kedudukan pada minit akhir permainan.

Bagi liga bola sepak lain di Eropah, rakan sepasukan terpaksa mencari jalan untuk menghentikan permainan bagi membolehkan rakan Muslim mereka berbuka puasa.

Ketika aksi Serie A antara Inter Milan dan Fiorentina, Luca Ranieri berpura-pura cedera bagi membolehkan Sofyan Amrabat berbuka puasa. – AGENSI



– AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button