Salah tak minum air selepas dikeluarkan

LONDON: Bintang Liverpool, Mohamed Salah tidak meminum air selepas digantikan semasa menentang Manchester City yang mana ketika itu dia sedang berpuasa.

Salah, yang meledak jaringan pembukaan ketika Liverpool mengalami kekalahan 4-1 dalam perlawanan itu dikeluarkan pada minit ke-70.

Pemain berusia 30 tahun itu diberikan botol minuman oleh staf kejurulatihan Liverpool, tetapi sebaliknya meletakkan botol itu di atas lantai.



Bagi bulan Ramadan, pengadil digalakkan untuk menunggu permainan berhenti sebelum menghentikan perlawanan seperti ketika sepakan gol atau lontaran ke dalam.

Salah sering meraikan gol dengan bersujud dan dia meledak gol pembukaan buat Liverpool, namun selepas itu skuad Pep Guardiola mengawal permainan dan memperoleh jaringan menerusi Julian Alvarez, Kevin De Bruyne, Ilkay Gundogan dan Jack Grealish.

Liverpool mempunyai tiga perlawanan lagi sepanjang Ramadan dengan mereka akan berdepan Chelsea, Arsenal dan Leeds.



Susulan kekalahan kepada City, skuad Jurgen Klopp berada di kedudukan kelapan dalam Liga Perdana – lapan mata di belakang Manchester United yang menghuni tangga keempat.

 

 

 



AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading