Seluar, baju terkena pengilat kuku ‘sold out’

KUALA LUMPUR: Penyanyi Tomok meluahkan rasa terharu apabila empat seluar dan dua baju yang terkena tumpahan pengilat kuku oleh anaknya habis dijual.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 39 berkongsi berita gembira menerusi Instagram Story (IGs) miliknya.

“Sold Out”, tulisnya ringkas disertai emoji menangis sebagai tanda terharu atas sokongan diberikan pengikutnya.



Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Berlari ini memutuskan untuk menyimpan baki dua helai baju bercorak belang sebagai tanda kenangan.

“Saya simpan dua baju ini untuk kenangan. Bila Arrian dan Andra besar sikit, bolehlah mereka pakai,” ujarnya.

Terdahulu, Tomok mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikut yang membantunya menyiar semula hantaran mengenai hasratnya untuk menjual seluar dan baju yang terkena tumpahan pengilat kuku itu.



Tomok sebelum ini berkongsi terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 kerana anaknya tak sengaja menumpahkan pengilat kuku dalam kejadian di sebuah butik mewah, semalam.

Menerusi video berkenaan, Tomok turut memaklumkan anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 dan baju berharga RM899 serta RM499.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button