Damok raih lima mata berharga

Kuala Lumpur: Memulakan perlumbaan di petak ke-20, pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman bangkit mempamerkan tunggangan memukau untuk menamatkan saingan Grand Prix (GP) Argentina pada Ahad dalam kelompok pungutan mata.

Syarifuddin yang turut dikenali sebagai Damok, menamatkan saingan perlumbaan pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat (s), biarpun terpaksa berdepan dengan keadaan litar basah dan licin di Litar Termas de Rio Hondo itu.

Pelumba MT Helmets-MSI itu meraih lima mata pertamanya selepas dua perlumbaan, setelah bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik pada perlumbaan pertama di GP Portugal hujung minggu sebelum itu.



Perlumbaan dimenangi pelumba Jepun, Tatsuki Suzuki (35:18.099s) sementara tempat kedua menjadi milik Diogo Moreira dari Brazil (35:22.670s) dan Andrea Migno dari Itali memperoleh tempat ketiga (35:22.798s).

“Syukur alhamdulillah saya berjaya menamatkan perlumbaan di posisi ke-11. Dengan keadaan litar agak basah saya akui agak sukar dengan keadaan agak licin dan beberapa pelumba di hadapan saya terjatuh membuatkan ia bertambah sukar.

“Saya amat gembira kerana dapat menghabiskan perlumbaan sekali gus meraih tempat ke-11. Ini kali pertama saya berlumba di trek ini,” kata Damok menerusi kenyataan.



Damok, yang tampil buat kali pertama dalam Kejuaraan Motosikal Dunia, akan meneruskan saingan kejuaraan di GP Amerika Syarikat pada 16 April ini.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading