Tetak Kepala & Kunci Pak Guard Dalam Tandas, Larikan 70 Iphone

Seorang pengawal keselamatan cedera akibat ditetak ketika bergelut dengan penyamun dalam satu kejadian di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, Perak pada awal pagi semalam.

Curi 70 Iphone

Memetik laporan Harian Metro, suspek yang membawa sebilah kapak telah memecah masuk kedai telekomunikasi di kompleks perniagaan tersebut dengan cara memotong ibu kunci shutter door menggunakan grinder. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang berusia lewat 60-an sedang berehat di kaunter tandas kompleks berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, siasatan awal mendapati suspek kemudian bertindak menetak kepala mangsa hingga mengalami kecederaan.



Suspek mengikat tangan dan kaki mangsa sebelum mengunci warga emas itu di dalam tandas. Suspek mencuri kesemua 70 unit telefon bimbit iPhone di empat rak pameran kedai berkenaan.

Susulan daripada laporan yang diterima, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menjumpai beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan. Menurut sumber, kerugian yang ditanggung pemilik premis berkenaan dianggarkan RM300,000.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini atau suspek yang terlibat diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Hilir Perak di talian 0562992222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sumber: Harian Metro




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading