Tiang Seri Istana Kehakiman Sudah Di Makan Anai-Anai, Perlu Di Tukar Segera

Tiang Seri Istana Kehakiman Sudah Di Makan Anai-Anai, Perlu Di Tukar Segera

Tiang Seri Istana Kehakiman Sudah Di Makan Anai-Anai, Perlu Di Tukar Segera

Dalam mana-mana negara di dunia, badan kehakiman adalah badan yang penting.

Di sinilah rakyat yang bernaung dalam sesebuah kerajaan akan diberikan pembelaan dan keadilan.



Kerana itu, kebebasan badan kehakiman sesebuah negara amat dilindungi dan sekiranya kebebasan badan kehakiman diganggu, ianya akan mendapat kecaman dunia.

Pusat kepada badan kehakiman di negara kita dinamakan sebagai Istana Kehakiman.

Ibarat tegaknya rumah kerana tiang, maka berdirinya badan kehakiman adalah kerana tiang seri yang menjadi ibu kepada segala tiang di Istana Keadilan.

Namun dengan terbongkarnya pelbagai persoalan atas perbicaraan dan keputusan ke atas kes berprofil tinggi di Istana Kehakiman, timbul satu persoalan yang besar.



Adakah tiang seri di Istana Kehakiman masih lagi kukuh atau sudah rapuh dimakan anai-anai dan perlu ditukar segera.

Kes SRC DS Najib Razak

Tertuduh, DS Najib telah dihukum penjara selama 12 tahun dan mesti membayar denda sebanyak RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim yang mengetuai perbicaraan adalah Hakim Nazlan Ghazali.

Sebelum Hakim Nazlan dilantik sebagai hakim perbicaraan, hakim pertama yang dilantik adalah Hakim Sufian Razak.



Namun begitu beliau digugurkan kerana didakwa mempunyai hubungan dengan seorang pemimpin UMNO di peringkat bahagian di Pahang.

Hakim Nazlan dilantik selepas 3 orang hakim lain yang dilantik sebelum itu menarik diri.

Mengapa mereka menarik diri?

Adakah kerana mereka sudah mengetahui bahawa perbicaraan yang akan dijalankan hanyalah sandiwara dan keputusan sudah ditetapkan?



Pertuduhan utama ke atas DS Najib adalah kerana menyelewengkan RM42 juta dana SRC International yang dipinjam dari KWAP.

Tetapi didalam perbicaraan telah terbukti dana tersebut bukannya dari KWAP atau Kumpulan Wang Amanah Pencen.

Tetapi ianya adalah dari Putra Perdana Development.

Menurut siasatan SPRM, wang tersebut sebenarnya adalah pinjaman yang dibuat oleh Putra Perdana Development dari Maybank.



Dan ianya tiada kaitan langsung dengan Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP.

Baca laporan penuh siasatan SPRM di sini:

Laporan Penuh SPRM Kepada Ketua Hakim Negara Atas Hakim Nazlan

Lebih menarik, arahan memasukkan duit ke dalam akaun DS Najib datangnya dari Jho Low dan bukannya dari DS Najib.



Ianya diakui sendiri oleh Pengarah Urusan Putra Perdana Development, Rosman Abdullah di dalam mahkamah.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/659683/rm32-juta-daripada-putra-perdana-masuk-akaun-najib

Malah DS Najib dituduh ‘mencuri’ duit SRC International, tetapi pihak pendakwaan gagal membuktikan dakwaan mereka ketika perbicaraan di mahkamah.

Baca di sini:

https://www.kosmo.com.my/2021/04/06/pihak-pendakwaan-gagal-buktikan-najib-seleweng-rm42-juta-dari-syarikat-src/

Masih relevankah kes tersebut?

YA Hakim Rahman Sebli ‘Mengesahkan’ Tiang Seri Istana Kehakiman Sudah Di Makan Anai-Anai

Paling mengejutkan apabila Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Rahman Sebli membidas keputusan yang dibuat oleh Tengku Maimun dalam Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata, peguam DS Najib (Hisyam Teh Poh Teik) telah dinafikan peluang untuk berhujah.

Peguam tidak berhujah selepas memaklumkan panel hakim bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian”.

“Ini menyebabkan hanya satu pihak yang berhujah di hadapan panel terdahulu”.

“Pemohon (DS Najib) langsung tidak didengari”.

“Pemohon berada dalam situasi yang sangat tidak adil”.

“Beliau  dalam keadaan kekurangan kerana tidak diwakili semasa rayuan”.

“Adalah tidak adil bagi pemohon menanggung akibat atas kesilapan yang dilakukan oleh peguamnya”.

“Apa yang pemohon mahu ialah melihat peguamnya bertindak untuknya demi kepentingannya, tidak lebih dan tidak kurang”.

“Ini tidak berlaku, pihak pendakwaan dibenarkan berhujah selama dua hari”.

“Pemohon (DS Najib) mempunyai hak untuk mendapatkan peguam”.

“Dalam kes ini, panel terdahulu telah menafikan hak pemohon untuk mendapatkan peguam”.

“Panel sebelum ini berkata ia telah memberi masa empat bulan kepada peguam Najib untuk membuat persediaan”.

“Ini tidak benar”.

“Empat bulan itu adalah untuk Tetuan Shafee dan Co (peguam DS Najib sebelum ini)”.

“Bukan untuk peguam baharunya, Hisyam”.

“Keadilan bukan sekadar tentang tertuduh bersalah atau tidak, malah ia lebih besar dari itu”.

“Ia adalah hak tertuduh mendapat perbicaraan yang adil”.

“Tertuduh juga mesti merasakan dia mendapat perbicaraan yang adil”.

“Jika sistem keadilan tidak mampu memberikan perkara itu kepada beliau, maka beliau tidak sepatutnya dibicarakan pun”.

Tengku Maimun adalah pengerusi kepada 5 panel hakim yang membicarakan rayuan DS Najib di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Lebih dari itu, beliau adalah Ketua Hakim Negara yang menjadi tiang seri Istana Kehakiman yang mengetuai sistem keadilan negara.

Sebelum keseluruhan Istana Kehakiman runtuh, eloklah ditukar tiang serinya apabila sudah dikena; pasti ianya sudah dimakan anai-anai.

 

Tiang Seri Istana Kehakiman Sudah Di Makan Anai-Anai, Perlu Di Tukar Segera

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button