Pemain Chelsea hanya manusia biasa – Saltor

London: Pengendali sementara Chelsea, Bruno Saltor berkata, pemainnya adalah manusia ketika dia menjelaskan mengenai rekod jaringan buruk yang menyebabkan Graham Potter dipecat sebagai jurulatih dan kegagalan itu sekali lagi berlaku ketika seri 0-0 dengan Liverpool, awal pagi tadi.

“Ya, kami mencipta peluang mencukupi untuk menang perlawanan ini dan dua gol kami dibatalkan,” kata Saltor.

“Pemain memberikan segala-galanya, mereka bermain dengan hati dan anda tidak boleh meminta lebih lagi.”



Chelsea menjaringkan 29 gol dalam 29 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, dengan jaringan terendah adalah 23 gol pada musim 1921-22 dan 16 gol dua tahun kemudian.

Ditanya sama ada dia boleh menjelaskan mengenai rekod jaringan terburuk Chelsea dalam tempoh 99 tahun sekalipun mereka berbelanja besar untuk membawa pemain baru, Saltor berkata, ia adalah soalan berkaitan mengambil peluang dengan keyakinan.

“Mereka adalah manusia dan keyakinan sepatutnya ada,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

“Kami perlu terus membantu pemain, Banyak yang mereka lalui dan ini adalah musim yang sukar buat mereka.”



Chelsea kini memburu jurulatih ketiga pada musim ini selepas pengendali dari Jerman, Thomas Tuchel dipecat pada September lalu dan Potter pula dipecat pada Ahad lalu selepas hanya mengendali 31 perlawanan dan Blues menduduki kelompok pertengahan liga.

Ditanya sama ada dia masih mengendalikan Chelsea apabila berkunjung ke Wolverhampton Wanderers pada Sabtu ini – perlawanan terakhir sebelum pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid – Saltor enggan mengulas lanjut.

“Ketika ini, saya mahu pulang dan berehat serta memberi fokus dari sehari ke sehari,” katanya.

Reuters




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading