Cara Buat Taufufah DIY
Tau Fu Fah ialah sejenis pencuci mulut kaum Cina yang dibuat daripada tauhu yang sangat lembut. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama Douhua. Bahan ramuannya yang senang untuk didapati membuatkan proses dan cara buat taufufah bertambah mudah.
Tau Fu Fah ialah sejenis pencuci mulut kaum Cina yang dibuat daripada tauhu yang sangat lembut. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama Douhua. Bahan ramuannya yang senang untuk didapati membuatkan proses dan cara buat taufufah bertambah mudah.
Tambahan pula, manisan ini mempunyai rasa yang unik. Di mana, rasa tauhu yang tawar itu apabila disaluti dengan air gula melaka, kemanisannya terus sahaja dapat dirasai. Maka, tidak hairanlah pelbagai bangsa di Malaysia ini turut sama menggemarinya.
Justeru itu, sekiranya anda merupakan peminat nombor 1 taufufah, apa kata anda cuba cara DIY membuatnya sendiri di rumah melalui resepi dari Puan Intan Mazura Masri ini. Selamat mencuba!
Nak buat sendiri senang sahaja rupanya.
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan air.
- 6 gram agar-agar tali.
- 2 kotak besar soya.
- 1 keping gula melaka.
- 2 sudu gula putih.
- 1 helai daun pandan.
- 1 hiris halia.
CARA MEMBUAT TAUFUFAH DIY
1. Didihkan 1 cawan air dan agar-agar tali.
2. Bila dah larut, masukkan air soya kotak besar. Biarkan ia mendidih.
3. Tutup api kemudian tuang dalam bekas dan simpan dalam chiller selama 2 jam
4. Masak 3 cawan air bersama gula melaka, gula putih, daun pandan dan halia.
5. Selepas larut dan mendidih, tapis dulu.
6. Masa hidang nanti, kaup agar-agar guna senduk pastu tuang air gula melaka.
Dah siap! Sedap dinikmati di kala petang sewaktu ‘tea time’.
Kredit resepi: Intan Mazura Masri
Sumber: Facebook Zulkifli Mat via Aneka Resepi Untuk Anda