Teh Ais Kaw Paling Sedap

Teringat pula teh ais kaw yang sedap yang kita selalu beli dekat mamak. Manis dan wangi tehnya. Rupanya senang je cara nak buat teh ais kaw ni. Kali ni nak buat teh panas atau teh sejuk semua boleh ikut selera masing-masing.

Buat satu periuk puas minum sekeluarga. Teh ni sebenarnya nak sedap bukan sekadar ada susu yang memaniskannya je. Mesti nak ada wangi baru sedap dan nikmat. Kena ada rasa kaw dari bau teh tu sendiri. Biasanya kalau korang perasan teh yang sedap dan kaw ialah kat kedai mamak.

Sebab tehnya tu pekat dan likat. Ada sesetengah resipi tu masak atau didihkan teh uncang dalam periuk untuk hasil yang lebih pekat.



Resipi teh ais kaw yang dikongsikan oleh Miz Juejue ni lebih menarik untuk dicuba sebab ada satu bahan yang beliau guna untuk mewangikan lagi aroma teh.

Nak buat teh kaw ni perukan 5 bahan ringkas je. Kita masak atau didihkan atas dapur. Biasanya kalau nak sedap boleh buat dengan teh uncang kaw. Kalau ada teh uncang biasa je, letaklah uncangnya lebih sikit. Lagi banyak barulah kaw rasanya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 ml air
  • 4-5 uncang teh Lipton (lagi banyak lagi kaw)
  • Susu pekat (ikut masing-masing nak manis tahap mana)
  • ½ tin susu cair (untuk rasa lemak. Kalau anda nak rasa lemak lagi boleh masukkan lebih)
  • 1 sudu kecil esen vanilla – wangikan teh

Cara buat:



1. Rebus 3 cawan air dalam periuk smpai mendidih,

2. Letak 4 hingga 5 uncang teh, biar mengelegak seminit dua, lepas tu tutup api, tapis teh.

3. Masukkan susu pekat agak-agak nak manis mana. Kemudian, masukkan susu cair dan esen vanilla nak lemak-lemak lebihkan lagi.

4. Tambahkan secubit garam untuk lemakkan lagi teh ais.



5. Biarkan mendidih untuk naikkan lagi aroma. Dah cukup kepekatan, boleh padamkan api.

6. Boleh dah letak ais. Dah siap!

myresipi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button