Tak wajar ‘serang’ badan kehakiman – Karen Cheah

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden-Presiden Majlis Peguam menyelar ‘serangan’ ke atas badan kehakiman dan hakim-hakim yang mendengar kes SRC International, berikutan tular surat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di media sosial.

Dalam kenyataan bersama, kumpulan itu menyuarakan sokongan terhadap pendirian Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah bahawa satu penghakiman yang bertentangan dalam semakan perbicaraan SRC International bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bukanlah alasan untuk semakan semula atau perbicaraan diadakan sekali lagi.

Katanya, intimidasi berterusan ke atas badan kehakiman oleh individu yang mempunyai kaitan kepada kes SRC, ‘membahayakan’ prinsip hukum negara terutamanya apabila 13 daripada 14 hakim yang menimbangkan kes kes SRC mengemuka alasan munasabah dalam mengekalkan sabitan.



“Malah, isu konflik kepentingan membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sudah dibicara dan dihujah oleh peguam Najib di hadapan dua panel Mahkamah Persekutuan berasingan (dalam rayuan utama terhadap sabitan dan seterusnya dalam permohonan semakan menurut kepada Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995).

“Dalam kedua-dua keadaan, Mahkamah Persekutuan sudah mempertimbang perkara itu dan memutuskan tiada merit dalam dakwaan berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh 14 bekas Presiden Majlis Peguam antaranya Datuk S Ambiga, Tan Sri VC George, Datuk Param Cumaraswamy, Datuk Dr Cyrus Das, Datuk Mah Weng Kwai, Datuk Yeo Yang Poh, Kuthubul Zaman Bukhari, Datuk Lim Chee Wee, Steven Thiru, Datuk George Varughese, Datuk Fareed Abdul Gafoor dan AG Kalidas.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading