Pencuri Motosikal Ditahan Polis Ketika Asyik Tonton Wayang

Seorang lelaki yang dipercayai melakukan kegiatan jenayah mencuri motosikal akhirnya tewas selepas dia ditahan pihak polis ketika sedang menonton wayang bersama kekasihnya.

Polis berpakaian Preman

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), dapat dilihat beberapa orang anggota polis yang berpakaian seperti orang awam memasuki sebuah pawagam di wilayah Lampung sebelum menahan suspek berkenaan yang duduk di kerusi penonton.

Suspek yang ketika itu mengenakan baju kemeja dilihat duduk bersebelahan seorang wanita yang dipercayai merupakan teman wanita kepadanya.



Polis kemudiannya melakukan pemeriksaan ke atas suspek sebelum membawanya keluar daripada panggung wayang berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengenangkan perasaan kekasih suspek yang baru sahaja ingin menonton wayang bersama teman lelakinya itu bahkan ada juga yang berseloroh dengan menyatakan pihak polis sepatutnya memberi ruang kepada mereka untuk menonton filem terlebih dahulu sebelum melakukan tangkapan.

Sumber: suara.com, Instagram




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading