Festival ronda sahur kembali di Lumajang
Festival ronda sahur kembali di Lumajang
LUMAJANG: Festival Muzik Patrol atau dipanggil ronda sahur kembali diadakan di wilayah Lumajang di Jawa Timur, selepas terhenti sejak tiga tahun lalu akibat pandemik Covid-19.
Lapor Kompas.com, perayaan yang dinanti-nantikan masyarakat Islam Lumajang segera menarik perhatian puluhan ribu penduduk yang memenuhi kawasan sekitar Lapangan Lumajang malam kelmarin.
Festival tersebut mengalunkan lagu-lagu ketuhanan yang didendangkan untuk membangunkan penduduk makan sahur dengan peserta memainkan seni pukulan alat muzik dibuat daripada kayu dan buluh.
Ketua Jawatankuasa Festival Patrol Lumajang, Ahmad Salahuddin berkata, jumlah penonton yang hadir di sekitar dataran itu melebihi dua kali ganda jangkaan awal jawatankuasa tersebut.
“Jumlah penonton yang dianggarkan oleh jawatankuasa sekitar 10,000 orang. Bagaimanapun, jumlah kehadiran pengunjung meningkat kepada lebih 25,000 penduduk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua Hakim Negara WAJIB Letak Jawatan
- Perlukah DS Najib Jalani Tempuh Hukuman Penjara Tertentu Sebelum Mendapat Pengampunan?
- Gagal bebaskan “Bossku” , pemerhati politik ramal UMNO bakal bepecah kerana nya.
“Jumlah peserta memang sedikit, hanya 15 orang kerana ini kali pertama sejak tiga tahun lalu tiada pesta ronda sahur akibat wabak tetapi jumlah penonton yang hadir luar biasa, jauh dari apa yang kita bayangkan, ” katanya.
Salah seorang penonton dari daerah Klakah dikenali sebagai Vivin meluahkan rasa gembira dengan penganjuran pesta tersebut kerana acara itu bukan sahaja sebagai hiburan kepada penduduk, tetapi juga membantu golongan muda menghayati budaya tempatan.
“Memang seronok, sesak. Malam Sabtu kita lain kan, biasa lepak minum kopi, kalau ada acara seperti ini lebih baik juga untuk mengekalkan budaya tempatan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Bupati Lumajang, Thoriqul Haq berjanji dalam baki masa kepimpinannya, beliau akan lebih giat menganjurkan aktiviti yang melibatkan penyertaan lebih ramai penduduk Lumajang.
“Aktiviti seumpama ini selain sebagai hiburan juga terbukti berkesan dalam memulihkan ekonomi penduduk Lumajang.
“Yang jual rojak dan bakso juga boleh laris, jadi kita akan tingkatkan aktiviti sebegini kerana ia memang berkesan untuk memulihkan ekonomi pasca pandemik,” jelasnya.
Festival ronda sahur kembali di Lumajang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Kes Ke Atas Azlan Man Adalah Pendakwaan Terancang?
- Protokol apa, soal mantan ketua hakim negara berkait Hakim Nazlan
- Hipokrasi Manusia Bernama Muhyiddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :