Banjir lava landa Lumajang

Banjir lava landa Lumajang

Banjir lava landa Lumajang
HUJAN lebat mencetuskan banjir lava di sekitar lereng Gunung Semeru di Lumajang.-AGENSI

LUMAJANG: Banjir lava sejuk kembali melanda lereng Gunung Semeru di wilayah Lumajang di Jawa Timur.

Banjir lava sejuk disertai bau sulfur yang kuat turun dari puncak Gunung Semeru selepas kawasan itu dilanda hujan lebat.

Rekod seismograf milik Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) menunjukkan bahawa banjir berkenaan mempunyai amplitud maksimum 35 milimeter dengan tempoh sehingga 18,000 saat.



Menurut seorang penduduk Desa Jugosari, Bahri, banjir tersebut agak besar dan turut disertai dengan letusan sekunder yang menyebabkan asap putih naik di sepanjang aliran lava.

“Letusan sekunder menyebabkan kemunculan asap tebal dan bau sulfur atau bau belerang yang tajam dan menyengat,” kata Bahri.

Berdasarkan pemantauan Kompas.com, banjir lava kelihatan seperti lumpur yang turun dari puncak Gunung Semeru mempunyai suhu yang cukup tinggi.

Sementara itu, Ketua Badan Pemantau Bencana Daerah (BPBD) Wilayah Lumajang, Patria Dwi Hastiadi menasihatkan penduduk di sekitar sungai untuk segera berpindah ke kawasan yang lebih selamat.



“Hujan lebat dijangka berterusan dan air banjir bercampur lumpur yang melanda kawasan ini cukup hangat, justeru kami menasihatkan penduduk untuk tidak berada berhampiran sungai yang mengalir dengan lava ini. Kami bimbang banjir akan berlaku lagi dan melimpah ke kawasan rumah,” kata Patria.

Amukan Semeru gusarkan penduduk, masih berstatus bahaya

Banjir lava landa Lumajang

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading