Bomba bantu keluar mayat ikut tingkap

Petaling Jaya: Bomba membantu mengeluarkan mayat seorang lelaki yang sudah mengembang menerusi tingkap di rumahnya di Seksyen 2, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.39 malam tadi.

“Seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 43 tahun meninggal dunia di bilik rumah berkenaan dengan keadaan badannya sudah mengembang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota bomba bertugas memotong tingkap bilik berkenaan bagi membawa keluar mayat lelaki terbabit yang tidak dapat dikeluarkan menerusi pintu bilik kerana terlalu sempit.

“Kami mengambil masa beberapa minit sebelum berjaya membawa keluar mayat lelaki berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, mayat lelaki berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi proses bedah siasat,” katanya.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading