8 kawasan di Marang bakal hadapi gangguan air pada Aidilfitri

Kuala Terengganu: Sebanyak lapan kawasan di daerah Marang dijangka akan mengalami masalah tekanan air rendah pada musim perayaan Aidilfitri nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (Satu) Abdul Karim Endut berkata, kawasan itu ialah Kampung Durian Kasim, Bukit Kecil, Durian Pahit, Gong Balai, Pasir Putih, Alor Ketitir, Tok Fakir dan Felda Rantau Abang l.

Beliau berkata, susulan itu pihaknya membuat perancangan awal dan akan menempatkan 34 tangki statik di kawasan terjejas bagi memastikan semua pengguna mendapat bekalan air yang mencukupi.



“Tahun ini kita dah kenal pasti awal (kawasan terjejas). Ada sebahagian kecil kawasan di Marang memandangkan kerja-kerja pembinaan dan agihan air dari Loji Air Kepong ke tangki-tangki utama masih berjalan.

“Tetapi peratusannya (kawasan terjejas) sangat kecil… membabitkan kira-kira 600 akaun,” katanya pada majlis berbuka puasa Satu X Media (Setulus Kasih Ramadan) di sini, malam tadi.

Menurut Abdul Karim, pihaknya juga menjangkakan peningkatan penggunaan air sebanyak 10 hingga ke 15 peratus pada musim perayaan tahun ini.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan tiada gangguan bekalan air di daerah-daerah lain selain sebahagian kecil kawasan di Marang.



“Untuk makluman, seminggu sebelum dan selepas hari raya kita akan hentikan sebarang kerja seperti penyelenggaraan yang boleh mengganggu operasi loji.

“Ia bagi memastikan tiada gangguan kepada pengeluaran di 16 loji yang kita ada di seluruh negeri,” katanya.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading