Liverpool tarik diri buru Bellingham

LONDON: Liverpool menamatkan usaha untuk mendapatkan bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham, menurut laporan.

Pemain antarabangsa England itu dikatakan akan berpindah pada musim panas selepas minat ditunjukkan beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dortmund dipercayai terbuka untuk menerima tawaran buat pemain tengah itu musim panas ini yang akan menjadi peluang terakhir buat mereka mendapatkan wang lumayan.



Bagaimanapun Liverpool tidak lagi berminat untuk mendapatkan tandatangan Bellingham kata The Times.

Skuad Reds sedang merancang untuk membina kembali bahagian tengah musim panas ini tetapi tidak mahu menghabiskan wang terlalu banyak untuk seorang pemain dengan Dortmund dikatakan meminta £130 juta (RM713.42 juta) buat Bellingham.

Mereka juga dikatakan tidak mahu berdepan perbincangan sukar terutama selepas Dortmund enggan mengalah.

Klopp meminati Bellingham tetapi Liverpool boleh bertukar kepada sasaran lebih murah seperti Mason Mount dan Youri Tielemans yang boleh diperoleh secara percuma.



Berita berkenaan boleh dianggap bonus buat kelab seperti Manchester United dan Chelsea, yang kedua-duanya berminat bagi mendapatkan pemain muda itu.

Real Madrid juga menyatakan minat mereka terhadap Bellingham tetapi enggan menepati tanda harga ditetapkan Dortmund.

AGENSI




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading