Tentera Israel bunuh dua lagi rakyat Palestin

RAMALLAH: Dua pejuang Palestin terbunuh dalam insiden berbalas tembakan berhampiran penempatan Israel di timur laut bandar Nablus, Tebing Barat, kata sumber Palestin dan Israel.

Sumber Palestin berkata, kedua-dua warga Palestin itu dikenal pasti sebagai Saud Al-Titi, seorang pegawai pasukan keselamatan pihak berkuasa Palestin dan Mohammed Al-Bouf.

Kedua-dua mangsa masing-masing menghabiskan 14 dan tujuh tahun di penjara Israel sebelum ini.



Tentera Israel dalam satu kenyataan, berkata dua rakyat Palestin itu dibunuh oleh anggota tentera berhampiran perkampungan Deir al-Khatb, timur laut Nablus, selepas mereka melepaskan tembakan ke arah penempatan Elon Mora.

Sementara itu, dua lagi rakyat Palestin turut cedera ditembak tentera Israel berhampiran kampung itu, kata Pengarah Ambulans dan Kecemasan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) Ahmed Jibril.

Katanya, seorang daripada mereka cedera di bahu dan dibawa ke hospital di Nablus, sambil menambah pasukan tentera Israel menghalang ambulans PRCS daripada menyelamatkan mangsa yang lain.

Radio Israel melaporkan, tentera menyerang hendap kumpulan Palestin bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah penempatan Elon Moreh dan merampas senjata api M-16 serta pistol daripada dua pejuang Palestin yang dibunuh itu.



Menurut angka rasmi Palestin, ketegangan antara Israel dan Palestin menyebabkan 98 rakyat Palestin terbunuh sejak awal Januari lalu.

Sumber Israel berkata, seramai 19 warga Israel terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh rakyat Palestin di Israel dan Tebing Barat.

AGENSI




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading