Helikopter Yang Bawa Presiden Iran Terhempas

Helikopter Yang Bawa Presiden Iran Terhempas

Helikopter Yang Bawa Presiden Iran Terhempas

 

Sebuah helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, bersama sejumlah pegawai kanan dilaporkan terhempas di barat laut Iran, hari ini.

Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memaklumkan setakat ini, belum ada maklumat lanjut berhubung sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan ataupun kerosakan dalam insiden berkenaan.



Raisi dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perasmian Empangan Qiz Qalasi di sempadan Iran-Azerbaijan.

Secara tiba-tiba helikopter dinaikinya itu terhempas ketika mahu mendarat di wilayah Varzaqan.

Pembinaan Empangan Qiz Qalasi bermula dua dekad lalu.

Ia bagi meningkatkan rizab air di huluan berhampiran Empangan Khoda Afarin sebanyak dua bilion meter padu setahun.



Dan ianya melalui saluran dan rangkaian yang menuju ke dataran di wilayah Iran di Azarbaijan Timur dan Ardebil serta Azerbaijan.

Empangan Qiz Qalasi juga membantu meningkatkan pembangunan dalam sektor pelancongan dan pertanian.

Di samping itu, ia membuka jalan untuk penjanaan kuasa hidro dengan matlamatnya adalah untuk menghasilkan 270 GW/j elektrik setahun.

Turut sama berada dalam helikopter berkenaan adalah Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati; Imam Solat Jumaat di Tabriz, Hojjatoleslam Al Hashem; dan beberapa pegawai.



Pasukan bantuan dan penyelamat telah dihantar ke kawasan terbabit.

Menurut koresponden IRNA, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerahkan ke lokasi kejadian dengan operasi SAR sedang giat dijalankan.

Cuaca berkabus dan keadaan kawasan terbabit yang sukar dilalui menyebabkan operasi SAR itu berdepan kesulitan.

 



Helikopter Yang Bawa Presiden Iran Terhempas

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button