Wanita ditikam guna pisau pemotong sayur kerana selisih faham

Wanita ditikam guna pisau pemotong sayur kerana selisih faham

Wanita ditikam guna pisau pemotong sayur kerana selisih faham

HULU SELANGOR: Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita berusia 27 tahun cedera pada perut dan beberapa bahagian badan selepas ditikam wanita lain di hadapan sebuah rumah di Batang Kali, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara suspek berusia 31 tahun dengan mangsa kira-kira jam 4.04 petang.

Beliau berkata, suspek bertindak menikam perut mangsa menggunakan pisau pemotong sayur berukuran 26.5 sentimeter.



“Mangsa mengalami luka di perut, selain cedera pada bahu, tangan kanan dan kiri serta kepala. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Selayang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, bertindak atas maklumat polis menahan suspek yang juga rakan kepada kakak mangsa, jam 6 petang hari sama di sekitar kawasan Batang Kali.

Ketika ditanya motif perselisihan faham serta suspek mempunyai masalah kesihatan, beliau memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan.

“Polis akan memohon tahanan reman ke atas suspek di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.



Wanita ditikam guna pisau pemotong sayur kerana selisih faham

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Daim Yang Zuhud



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading