Vida lancar Muah Muah Raya

Kuala Lumpur: Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida melancarkan lagu raya terbaharu berjudul Muah Muah Raya.

Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 52, berkata, lagu itu dilancarkan tanpa sebarang elemen kontroversi murahan sebaliknya mempertaruhkan kualiti semata-mata.

“Alhamdulillah, sambutan lagu ini di luar jangkaan dan penerimaan sangat positif.



“Insya Allah, lagu ini akan trending tidak lama lagi. Pertaruhan lagu ini bukan pada kontroversi murahan tapi pada kualiti,” katanya yang tidak ketinggalan melancarkan lagu raya sempena Syawal yang bakal tiba.

Tambah Vida, dia memilih melancarkan lagu ini selepas Subuh, pada jam 6:30 pagi kerana beranggapan waktu malam tidak sesuai atas urusan solat tarawih dan malam ganjil bagi bulan Ramadan.

“Saya lancar lagu ini berdasarkan kekuatan dan ‘share’ daripada orang ramai.

“Kalau nak harap kontroversi, ia boleh dapat dalam jangka pendek saja,” katanya.



Lagu ciptaan Amy Ukays dan lirik oleh Vida sendiri menjadikan bunyi ‘muah muah’ ketika seseorang saling bersalaman sebagai judul pada lagu ini.

Menariknya lagi, ia turut menampilkan Cik B dan Kacak (Anak-anak Vida) serta kanak-kanak lain bagi menyematkan elemen kekeluargaan dalam Muzik Video.

Terdahulu, Vida pernah tampil bersama lagu raya berjudul Lavida Raya pada tahun 2018.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading