‘Saya tak curang, dia yang curang & kami dah lama bercerai’ – View Chin

Beberapa hari lalu, Influencer TikTok, View Chin, 33, yang didakwa curang dengan staffnya oleh bekas isterinya, tampil memberi penjelasan selepas tiga hari berdiam diri. Malah, dia menepis semua dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya, termasuk curang dalam perkahwinan mereka, memaksa bekas isteri makan ubat terlarang, merakam video hubungan intim dan mengajak melakukan hubungan intim secara bertiga.

View Chin yang mempunyai 2.5 juta pengikut di TikTok dalam temubual eksklusif bersama China Press, hanya mengaku dia telah memukul Shermine dan mendakwa wanita itu yang terlebih dahulu curang dan pernah dicekup oleh dirinya sendiri sebanyak dua kali.

TEMUI MESEJ LELAKI LAIN DALAM HANDPHONE ISTERI



Semasa ditemubual, View Chin tidak dapat menahan air mata kerana terkesan dengan tindakan Shermine yang telah mengkhianati keluarga dan anak-anaknya, yang membuatkan dia berasa sedih dan terpaksa menamatkan hubungan mereka yang telah dibina sejak lapan tahun lalu.

Menurut View Chin, dia dan Shermine berkenalan melalui platform mencari jodoh sembilan tahun lalu sebelum menjalinkan hubungan. Selepas isterinya mengandung, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

View Chin menjalankan perniagaan menjual pakaian secara online di media sosial. Shermine juga turut bekerja dengannya ketika itu dan selalu memberi sokongan terhadapnya. View Chin juga mendakwa Shermine suka pergi ke kelab malam, tatkala dia sibuk menguruskan hal-hal perniagaannya. Namun dia tidak menghalang dan membenarkannya.

Namun, segalanya berubah apabila dia mendapati ada lelaki yang tidak dikenali menghantar mesej kepada isterinya, “Baby, buat apa tu?”. Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



View Chin cuba bertanya mengenai mesej tersebut, tetapi Shermine katanya enggan mengaku. Enggan memanjangkan hal itu dan demi menjaga hubungan keluarganya, dia memilih untuk memaafkan Shermine.

Tetapi pada 1 Ogos 2022, ketika ulang tahun kelahiran Shermine, View Chin sekali lagi mendapati ada lelaki lain menghantar mesej kepada isterinya. “Happy birthday, I love you”.

Terkejut dengan penemuan itu, View Chin terus berdepan dengan isterinya yang kemudian mengaku curang kerana dia View Chin terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga mengabaikannya.

TAK DAPAT TERIMA PERBUATAN ISTERI, AMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERCERAI



View Chin mengakui dia terkejut dengan pengakuan Shermine, sedangkan dia selama ini bekerja keras untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga dan memberikan kehidupan yang baik kepada mereka tanpa perlu bimbang memikirkan tentang makanan dan keperluan lain.

Malah dia turut mengupah pembantu rumah untuk menjaga anak-anak dan melakukan kerja-kerja rumah agar isterinya tidak perlu bersusah payah melakukan semua itu.

Tetapi disebabkan dia tidak dapat menerima perbuatan isterinya, View Chin mengambil keputusan untuk bercerai.

DAKWAAN BEKAS ISTERI TELAH MENJEJASKAN IMEJ & REPUTASI SYARIKAT



Dalam pada itu, View Chin meminta orang ramai memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dia percaya bekas isterinya berbuat demikian untuk memburukkan dan menjatuhkan imej dirinya dan syarikat.

“Banyak sudah perkara peribadi saya dengan bekas isteri tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Saya ingin menyatakan bahawa saya telah bercerai dengan Shermine tahun lalu dan urusan berkenaan perceraian telah pun diselesaikan dengan baik atas persetujuan kedua-dua pihak.

“Isu yang tular ini bukan sahaja menjejaskan imej saya, malah imej syarikat saya. Saya percaya isu ini dibangkitkan bagi tujuan memburuk-burukkan saya dan juga untuk menjatuhkan saya.



“Saya menyeru kepada semua pihak untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan dan memberi ruang yang sewajarnya kepada sayau ntuk menangani masalah peribadi saya. Saya akan mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak yang masih terus menularkannya,” katanya menerusi satu hantaran terbaru di Facebooknya hari ini.

Sumber: China Press, Facebook View Chin


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading