Azeem rindu keluarga di Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Menyambut Aidilfitri bersama keluarga menjadi detik dirindukan pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang kini jauh berkelana di bumi Uncle Sam, Amerika Syarikat (AS).

Azeem yang pada ketika ini melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraga di Universiti Auburn berkata, ini adalah pengorbanan yang perlu dilalui bagi mengejar cita-citanya selain mengharumkan nama negara.

“Yang pertama terlintas di fikiran… kalau mengenai raya, mestilah keluarga kerana saya berada jauh di perantauan, sedang cuba mengejar cita-cita dan mengharumkan nama negara selain mencapai impian diri sendiri.



“Saya rindukan detik menyambut hari raya bersama mereka dan harap segala pengorbanan ini berbaloi. Saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua, yang berpeluang untuk beraya bersama keluarga, hargailah setiap masa yang ada di samping keluarga tercinta,” katanya di sebuah halaman Facebook.

Azeem, 18 tahun mencipta kejutan selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter (m) dengan catatan 10.09 saat (s) di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia, Ogos lalu.

Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu memadam rekod lama dipegang Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s ketika menjuarai saingan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak.

Selain itu, atlet yang sedang meningkat naik ini turut memecahkan rekod kebangsaan acara 60m dalam dewan pada Kejohanan Tiger Paw Invitational, Februari lalu selain menjuarai acara 100m Kejohanan Florida State University (FSU) Relays di negara itu pada Mac.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading