Piala Sumbangsih tetap akan berlangsung

Piala Sumbangsih tetap akan berlangsung

Piala Sumbangsih tetap akan berlangsung
STUART

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak berhasrat untuk menunda aksi pembuka tirai, Piala Sumbangsih melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC pada Jumaat ini meskipun arena sukan negara ditimpa ‘malapetaka’ ketika ini.

Sebagai rekod, bintang Selangor FC, Faisal Halim kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di pusat beli belah di Damansara, Ahad lepas.

Sementara itu, pemain lincah Terengganu FC, Akhyar Rashid pula telah diserang menggunakan cota selepas pulang daripada sesi latihan bersama kelab sehingga memerlukan jahitan di kepala minggu lalu.



Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang permintaan daripada Selangor FC untuk menunda perlawanan itu ekoran insiden yang tidak diingini itu.

“Aksi masih berjalan buat masa ini dengan Piala Sumbangsih kekal berlangsung pada Jumaat. Pihak MFL juga tidak menerima apa-apa permintaan daripada Selangor untuk menunda perlawanan ini ke satu tarikh yang lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bak




“Dari sudut operasi, sebarang perlawanan berisiko tinggi akan kami tingkatkan tahap keselamatan, tetapi insiden yang berlaku ini di luar kawalan MFL dan kami percaya keselamatan para penyokong juga akan terjamin,” katanya.

Mengulas mengenai imej Liga Malaysia selepas kejadian yang menimpa Faisal turut mendapat liputan media antarabangsa, Stuart mengakui insiden berkenaan menarik perhatian banyak pihak kerana ia melibatkan pemain berstatus kebangsaan.

“Saya fikir ini insiden (jenayah) sosial. Perkara ini berlaku kepada dua pemain kebangsaan kita. Apa yang kita tahu (liputan media luar negara) sebab mereka pemain kebangsaan dan insiden ini tak pernah berlaku.

“Insiden ini tidak mencemarkan imej, itu satu situasi yang kita perlu tangani. Saya tak mahu kata ia mencemarkan imej, saya kata kita perlu tangani isu ini dengan sebaiknya,” kata Stuart. – KOSMO! ONLINE



Piala Sumbangsih tetap akan berlangsung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button