TLDM, polis musnahkan bom Perang Dunia Kedua

Kota Kinabalu: Pasukan Pemusnah Bom Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bersama melaksanakan operasi memusnahkan bom Unexploded Ordnance (UXO) yang dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua di Pulau Mantanani, Kota Belud, Isnin lalu.

Jurucakap TLDM melalui kenyataan semalam, kerja memusnahkan bom lama itu dilakukan oleh pasukan berkenaan yang dianggotai Pasukan Selam bersama Juruteknik Peluru Depot Peluru dan Letupan Timur diketuai oleh Komander Mohammad Nasrul Mat Daut dari TLDM.

Katanya, pasukan ini diatur gerak bagi membantu polis dalam misi memusnahkan bom itu di perairan berkenaan.



“TLDM sebelum ini menerima permohonan bantuan daripada IPD Kota Belud untuk memeriksa satu objek yang dipercayai bom lama di pesisiran pantai Pulau Mantanani yang berada 43 batu nautika timur laut Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK).

“Hasil siasatan dan temubual saksi mendapati objek itu disahkan UXO yang tidak aktif jenis Semi Armour Piercing Bomb, 500lbs, AN-M58 buatan Amerika Syarikat yang digunakan ketika zaman Perang Dunia Kedua oleh pasukan Pemusnah Bom TLDM,” katanya.

Menurutnya, bom berkenaan kemudian dibawa ke daratan dan dimusnahkan oleh pasukan pada sebelah petang dengan selamat.

“Sebaik selesai, Pasukan Pemusnah Bom TLDM pulang ke PTKK,” katanya.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading