Kereta terbakar lepas curi telefon bimbit

TUMPAT: Lelaki dengan 12 rekod jenayah dicekup orang ramai selepas keretanya terbabas akibat terlanggar tembok sebelum terbakar dalam kejadian di Kampung Padang Pohon Tanjong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek yang menaiki Proton Saga melarikan diri selepas mencuri telefon bimbit di sebuah kedai runcit di Kampung Pasir Pekan Tengah dan dikejar orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Tan Seng Lee, berkata suspek yang berusia 36 tahun datang bersama rakannya ke premis itu kononnya ingin membeli ais.



“Ketika pemilik kedai runcit mengambil ais seperti diminta, suspek mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja kaunter pembayaran dan terus masuk ke dalam kereta seterusnya melarikan diri.

“Orang awam yang berada di sekitar cuba mengejar sehingga kereta yang dinaiki suspek terbabas dan melanggar tembok menyebabkan kenderaan itu terbakar.

“Suspek yang tersepit di tempat duduk dibawa keluar sebelum ditahan manakala rakannya melarikan diri dan kenderaan yang terbakar itu dipadamkan oleh pihak bomba,” katanya.

Seng Lee berkata, hasil pemeriksaan pada tubuh suspek menjumpai sejumlah pil kuda dan saringan air kencing yang dibuat mendapati suspek positif methapethamine.



Menurutnya, semakan yang dibuat juga mendapati suspek mempunyai 12 rekod lampau membabitkan kes dadah, curi, pecah rumah serta samun dan suspek juga adalah orang yang dikehendaki bersabit kes samun mengikut Seksyen 392 Kanun Kesiksaan (KK).

“Suspek direman selama empat hari hingga 28 April untuk siasatan mengikut Seksyen 380 KK, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Kami juga meminta bantuan orang ramai jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan rakan suspek yang masih bebas dikenali sebagai ‘Amir Kutan’ boleh menghubungi balai polis terdekat atau pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Hasnizan Ismail di talian 01131671373,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading