Hampir mati kerana mahu kawal mimpi
Hampir mati kerana mahu kawal mimpi

Moscow: Kedengaran pelik namun seorang lelaki di Rusia cuba mengawal mimpinya ketika tidur dengan bantuan teknologi.
Lelaki dikenali Mikhail Raduga menebuk lubang pada tengkorak dan memasukkan cip ke dalam otaknya.
Dia melakukan ‘pembedahan’ itu sendiri di apartmen dihuni di Novosibirsk, namun prosedur terbabit tidak menjadi seperti diharapkan.
Raduga dikejarkan ke hospital selepas hilang seliter darah akibat kegagalan pembedahan empat jam itu.
Menerusi ciapan di Twitter pada 18 Julai lalu, Raduga mengesahkan dia menjalankan sendiri prosedur itu pengasas pusat penyelidikan terbabit adalah penyelidik yang mengkaji keadaan minda disosiatif yang biasanya dirujuk sebagai pengalaman luar badan (OBE), unjuran astral dan mimpi.
Katanya, dia memilih melakukan prosedur sendirian kerana menganggap kehadiran pakar akan menyukarkan lagi proses itu.
Meskipun pembedahan itu menjejaskan kesihatannya, Raduga berharap hasil prosedur berkenaan akan membuka jalan bagi kemajuan teknologi kawalan mimpi di masa hadapan.
Hampir mati kerana mahu kawal mimpi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Al Fadhil Mahathir Sudah Sepentas Dengan PAS, Sanusi Boleh Ucap Hai Hai Bye Bye Pada Kerusi MB
- Mungkinkah Dr Mahathir Juga Berminat Dengan Hasil REE Kelantan?
- 5 Tawaran BN Dalam PRN 6 Negeri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :