Polis Pulau Pinang serbu makmal dadah di Kedah

Polis Pulau Pinang serbu makmal dadah di Kedah

Polis Pulau Pinang serbu makmal dadah di Kedah
Khaw Kok Chin (kanan) menunjukkan antara barangan dirampas dalam dua serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang pada sidang media di Georgetown, hari ini. – NSTP/Mikail Ong

GEORGETOWN: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah bernilai RM135,250.00 dalam dua serbuan berasingan, masing-masing di Pulau Pinang dan Kedah, kelmarin.

Serbuan pertama jam 7 pagi dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang terhadap sebuah kereta di tepi jalan di Seberang Perai Selatan (SPS) sebelum menahan dua lelaki tempatan, penganggur berusia 27 dan 30 tahun yang disyaki terbabit aktiviti pemprosesan dadah.

Susulan gerakan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, berkata polis kemudian melakukan serbuan ke sebuah rumah di Bandar Baru, Kulim, Kedah, yang dipercayai dijadikan makmal pemprosesan dadah.



Menerusi serbuan di Kulim, polis merampas 22 bungkusan dadah jenis heroin seberat satu kilogram (kg), satu paket lutsinar syabu (6.25gram) dan dua paket serbuk putih disyaki kafein seberat 1.28kg, selain pelbagai peralatan bagi pemprosesan dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek yang ditahan positif methamphetamine dan amphetamine serta mempunyai rekod berkait jenayah dan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah




Kok Chin berkata, hasil risikan mendapati sindiket berkenaan aktif sejak awal tahun ini dengan menerima bekalan dari negara jiran dan memprosesnya untuk pasaran tempatan.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan 20,000 penagih. Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 28 Julai untuk siasatan mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Khaw Kok Chin (kanan) menunjukkan antara barangan dirampas dalam dua serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang pada sidang media di Georgetown, hari ini. – NSTP/Mikail Ong
Khaw Kok Chin (kanan) menunjukkan antara barangan dirampas dalam dua serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang pada sidang media di Georgetown, hari ini. – NSTP/Mikail Ong

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan 20,000 penagih. Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 28 Julai untuk siasatan mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.



Polis Pulau Pinang serbu makmal dadah di Kedah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading