Tertinggal kunci, penuntut parah jatuh bangunan

Padang Besar: Hanya kerana mahu mendapatkan kunci tertinggal di dalam unit kediamannya, penuntut lelaki universiti tempatan parah selepas terjatuh dari tingkat enam blok kediaman universiti berkenaan di Sungai Chuchuh, di sini, semalam.

Mangsa yang berusia 24 tahun dan berasal dari Kulim, Kedah dipercayai terjatuh selepas tergelincir ketika cuba memanjat masuk ke dalam kediamannya untuk mengambil kunci rumahnya yang tertinggal di dalam unit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3 petang berhubung kejadian berkenaan.



“Menurut saksi yang berada di sekitar tempat kejadian, mereka terdengar bunyi seperti sesuatu jatuh sebelum melihat mangsa terbaring serta berlumuran darah di lantai aras bawah bangunan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, ketika ditemui orang ramai, mangsa masih berada dalam keadaan sedar, namun tidak dapat bergerak akibat kecederaan serius.

“Mangsa ketika ditemui masih dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bergerak dan dia kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, untuk rawatan lanjut.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan kita sudah mengambil keterangan beberapa orang saksi bagi membantu siasatan,” katanya.



Dalam masa sama juga, Mohd Shokri meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Punca kejadian masih disiasat dan polis turut memohon kerjasama saksi lain yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Mohd Izham Aziz di talian 017-5387986.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading